Tuesday, September 21, 2010

Teknik menulis ulasan filem




FILEM :IM NOT SINGLE
PENGARAH :PIERRE ANDRE
PENULIS SKRIP: PIERRE ANDRE
PELAKON : LISA SURIHANI(MAYA)
FARID KAMIL(ADAM)
AWAL ASHAARI(DANI)
INTAN LADYANA(LISA)
PENERBIT: DAVID TEO
ANUGERAH: FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 21(2008)PELAKON HARAPAN WANITA

PLOT
Permulaan
Pasangan Adam dan Maya yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil.Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai perasaan cinta,Adam dan Maya tiada alasan untuk membantah tambaham pula perancangan ibu bapa mereka disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin meelihat cucu tunggalnya bersanding sebelum menghembus nafas terakhir.

Perkembangan
Perkahwinan yang dirancangkan oleh kedua-dua ibu bapa Adam Maya berjalan dengan lancar sehingga mereka berdua dihantar untuk berbulan madu di rumah pusaka keluarga Adam.Satu perancangan yang bijak yang telah diatur oleh kedua-dua keluarga untuk merapatkan hubungan Adam dan Maya.

Perumitan
Meskipun Adam dan Maya telah dihantar untuk berbulan madu namun dalam diam Maya masih lagi bertemu dengan Dani iaitu bekas kekasihnya semenjak di bangku sekolah lagi.Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usia mereka baru mencecah 21 tahun.Perhubungan antara Dani dan Maya yang tidak pernah putus telah merencatkan hubungan dengan suaminya iaitu Adam.Adam terpaksa mendiamkan diri dan berkecil hati dengan sikap isterinya yang masih lagi menjalinkan hubungan dengan lelaki lain semata-mata untuk menjaga rumahtangga yang baru dibina.Harapan kedua-dua keluarga untuk melihat mereka bahagia menjadi keutamaan dan faktor untuk Adam terus bertahan dengan Maya.

Klimaks
Melihat perilaku Maya yang tidak pernah berubah dan semakin tidak menghormati Adam membuatkan Adam menjadi tertekan dan serba salah dalam perhubungan itu.Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan daripada Adam.Adam terus meninggalkan Maya keseorangan.Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu dengan Adam.Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.

Peleraian
Setelah ditinggalkan oleh Adam selama beberapa hari,Maya mula merasai kesunyian dan beliau mula menyedari bahawa rasa kasih dan sayang wujud dalam dirinya kepada suaminya.Disinilah bermulanya kisah hidup baru antara Adam dan Maya.Mereka hidup bahagia dan sedang menanti kehadiran orang baru. Dani pula sudah bertemu jodohnya dengan Lisa.

TEKNIK
Teknik penceritaan dalam filem ini sangat berkesan sehingga boleh menimbulkan rasa empati kepada penonton.Gerakan kamera secara tidak langsung membantu filem ini menjadi lebih romantik ditambah pula dengan kerja-kerja lampu dan kesan-kesan khas yang sempurna.

TAHAP PERSEMBAHAN
Mutu lakonan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Lisa Surihani,Farid kamil,Awal Ashaari dan Intan Ladyana sangat tepat dengan citarasa penonton pada masa kini.Pelakon-pelakon baru yang semakin dikenali ramai dan sangat mengikut kehaendak masa kini telah membuatkan filem ini mendapat tayangan BOX-OFFICE.

PENGHAKIMAN
Filem ini wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana tidak mempunyai unsur-unsur keganasan,lucah mahupun perkauman namun begitu,penggunaan bahasa yang agak keterlaluan oleh pengarah perlu difikirkan semula agar tidak menjadi ikutan oleh anak-anak kecil.

TEKNIK MENULIS ULASAN FILEM

Friday, August 6, 2010

AKU ANAK SAMPAH

IBU...
Tenangnya ku berada dalam kandunganmu,
Terasa kasih sayangmu,
Dibawa aku ke mana saja,
Tanapa mengira penat lelahmu,
Selama sembilan bulan kau mengendongku.

IBU...
Tidak sabar untuk aku keluar bertemu denganmu,
Untuk melihat wajahmu,
Untuk membalas jasamu mengendongku,menjagaku,
Untuk menjagamu di hari senjamu.

tapi kenapa IBU...
Di saat kau melahirkan ku,
Kau meninggalkan aku keseorangan,
Puas aku mencari pelukan darimu,
Sentuhan kasih sayang darimu.

IBU...
Tergamaknya kau membunuh darah dagingmu,
Membiarkan aku menjadi santapan sang biawak,
Membiarkan aku dihurungi sang semut,
Digonggongnya tulangku oleh sang anjing.
Kenapa ibu..
Kejamnya kau ibu..

Hinakah aku untuk dilahirkan,
Jijikkah aku untuk dibelaikan,
Sampahkah aku hingga diperlakukan,Apakah dosaku ibu..

Namun...
Ibu tetap ibuku,
Yang mengendongku,
Yang melahirkanku,
Yang menjagaku,
Aku bersyukur kepada mu ibu,
Kerana menjagaku hingga dilahirkan dan diberi kesempatan untuk ku bernafas melihat dunia ini..

IBU...
Moga kita bertemu kembali di dunia syurgawi,
Aku berterima kasih kepada mu ibu...

hasil nukilan:SUZANA SALLEH


Ciri-ciri penulisan kreatif

1)Menggunakan wacana pelukisan
Tenangnya ku berada dalam kandunganmu,
selama sembilan bulan kau mengendongku.

2)Bersifat komunikatif.
Disaat kau melahirkan ku,
kau meninggalkan aku keseorangan,
puas aku mencari pelukan darimu,
sentuhan kasih sayang darimu.

3)Menggunakan ragam aktif.
Ibu tetap ibuku,
Yang mengendongku,
Yang melahirkanku,
Yang menjagaku.

4)Bernada puitis.
Tidak sabar untuk aku keluar bertemu denagan mu,
Untuk melihat wajah mu,
Untuk membalas jasamu mengendongku,menjagaku,
Untuk menjagamu di hari senjamu.

5)Memilih diksi secara berhati-hati.
Moga kita bertemu kembali di dunia syurgawi,
Aku berterima kasih kepada mu ibu.

Thursday, July 22, 2010

hari pertama ku!!!

hari pertama yang sangat seronok kerana ramai kawan baru dan cikgu yang 'sporting'. perkara yang paling menarik apabila dapat rakan dari seberang laut iaitu INDONESIA....