Friday, August 6, 2010

AKU ANAK SAMPAH

IBU...
Tenangnya ku berada dalam kandunganmu,
Terasa kasih sayangmu,
Dibawa aku ke mana saja,
Tanapa mengira penat lelahmu,
Selama sembilan bulan kau mengendongku.

IBU...
Tidak sabar untuk aku keluar bertemu denganmu,
Untuk melihat wajahmu,
Untuk membalas jasamu mengendongku,menjagaku,
Untuk menjagamu di hari senjamu.

tapi kenapa IBU...
Di saat kau melahirkan ku,
Kau meninggalkan aku keseorangan,
Puas aku mencari pelukan darimu,
Sentuhan kasih sayang darimu.

IBU...
Tergamaknya kau membunuh darah dagingmu,
Membiarkan aku menjadi santapan sang biawak,
Membiarkan aku dihurungi sang semut,
Digonggongnya tulangku oleh sang anjing.
Kenapa ibu..
Kejamnya kau ibu..

Hinakah aku untuk dilahirkan,
Jijikkah aku untuk dibelaikan,
Sampahkah aku hingga diperlakukan,Apakah dosaku ibu..

Namun...
Ibu tetap ibuku,
Yang mengendongku,
Yang melahirkanku,
Yang menjagaku,
Aku bersyukur kepada mu ibu,
Kerana menjagaku hingga dilahirkan dan diberi kesempatan untuk ku bernafas melihat dunia ini..

IBU...
Moga kita bertemu kembali di dunia syurgawi,
Aku berterima kasih kepada mu ibu...

hasil nukilan:SUZANA SALLEH


Ciri-ciri penulisan kreatif

1)Menggunakan wacana pelukisan
Tenangnya ku berada dalam kandunganmu,
selama sembilan bulan kau mengendongku.

2)Bersifat komunikatif.
Disaat kau melahirkan ku,
kau meninggalkan aku keseorangan,
puas aku mencari pelukan darimu,
sentuhan kasih sayang darimu.

3)Menggunakan ragam aktif.
Ibu tetap ibuku,
Yang mengendongku,
Yang melahirkanku,
Yang menjagaku.

4)Bernada puitis.
Tidak sabar untuk aku keluar bertemu denagan mu,
Untuk melihat wajah mu,
Untuk membalas jasamu mengendongku,menjagaku,
Untuk menjagamu di hari senjamu.

5)Memilih diksi secara berhati-hati.
Moga kita bertemu kembali di dunia syurgawi,
Aku berterima kasih kepada mu ibu.

8 comments:

  1. wahhhh... hebat jugak zana cipta sajak nie...
    akak kagum jugak la....hehe...

    teruskan usaha lagi k utk sajak2 & nukilan2 yg lain utk akan dtg... papai....

    ReplyDelete
  2. terima kasih...teruskan menyokong zana yang baru mencuba dalam bidang seni ni...

    ReplyDelete
  3. suzana...

    sajak yang menyentuh tentang isu terkini ..
    pembuangan bayi...

    bagus .. teruskan berkarya..

    dan jangan lupa teliti ciri-ciri penulisan kreatif yang ada dalam sajak suzana..

    salam ramadan

    ReplyDelete
  4. betul tu.. troskan usaha...& bykkan bace sajak2 penulis yg bagus2 & terknal utk tambah lg ilmu oengetahuan..waahhhh...hahhaha

    ReplyDelete
  5. Insyallah saya akan buat ciri-ciri nya secepat yang mungkin..Terima kasih kerana menyokong..

    ReplyDelete
  6. wah3! pasal ibu dan gejala pembuangan beyi lagi yer.. ganas molek cik cujana cute nih,tak sangka jugak yer.. syabas!!

    ReplyDelete
  7. Hairul : terima kasih bagi sokongan..

    ReplyDelete
  8. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    ReplyDelete